Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Berkenaan Program Usrah Bersama Anak Muda

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA


BERKENAAN

PROGRAM USRAH BERSAMA ANAK MUDA

Bil.01/2022

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Radio Zayan menganjurkan Program Usrah Bersama Anak Muda pada 8 Februari 2022 (Selasa) jam 6.45 petang sehingga 11.00 malam di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur. Penganjuran program ini adalah kesinambungan dari Pelancaran Sambutan Bulan Solat Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2022 yang telah diadakan pada 4 Februari 2022 yang lalu.

Program pada malam ini dihadiri oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Penganjuran program secara santai ini adalah bertujuan untuk menarik minat golongan remaja agar dapat menghayati ibadah solat sebagai amalan fardhu bagi seorang muslim yang mukallaf.

Program Usrah Bersama Anak Muda pada malam ini diserikan dengan acara Sharing Session YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertajuk "Kepentingan Solat Dalam Kehidupan“ bersama anak muda yang dikendalikan oleh Saudara Mawi dan Saudara Anas, Penyampai Radio Zayan.

Justeru, JAKIM juga berbesar hati menjemput seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama mengikuti pelbagai program-program sempena Sambutan Bulan Solat Kebangsaan Tahun 2022 sepanjang bulan Rejab ini di seluruh negara.

Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.

Sekian

HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
8 Februari 2022
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357