Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan SOP Pemakaian Pelitup Muka Ketika Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

jata negara small
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

SOP PEMAKAIAN PELITUP MUKA KETIKA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI


Bil.11 / 2023

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas saranan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan perbincangan bersama Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) pemakaian pelitup muka bagi jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di masjid atau surau.

2. Setelah merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dimaklumkan bahawa SOP Fasa Peralihan ke Endemik yang sedang berkuatkuasa pada masa ini amat menggalakkan pemakaian pelitup muka sekiranya berada di kawasan ramai orang dan sesak.

3. Memandangkan SOP ini masih berkuatkuasa maka JAKIM ingin menasihatkan kepada semua umat Islam agar mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri sekiranya mereka berada di mana-mana tempat perkumpulan ramai dan sesak termasuk di masjid dan surau.

Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
19 April 2023
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370