Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul SAW Tahun 1442H/2020M



KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
MAULIDUR RASUL SAW
TAHUN 1442H/2020M

1. Sempena memasuki bulan Rabiul Awwal 1442H, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan Taqwa MAIWP menganjurkan Pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul SAW Tahun 1442H/2020M.

2. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh Warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Hadiah wang tunai berjumlah RM13,500.00 disediakan untuk semua para pemenang.

3. Objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk minat dan kreativiti masyarakat dalam mempromosi semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

4 Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan mencungkil bakat dalam penghasilan produk multimedia bergenre nilai-nilai murni universal serta memberi peluang kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia dalam memahami peribadi Rasulullah SAW sebagai suri teladan unggul buat seluruh alam.

5. Untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan secara terperinci, boleh melayari portal rasmi JAKIM www.islam.gov.my, media sosial rasmi JAKIM atau klik pautan :- https://bit.ly/3nr4T52. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Oktober 2020 sebelum jam 12.00 malam.

6. Keputusan dan tarikh penyampaian hadiah akan dimaklumkan kelak melalui portal dan media sosial rasmi JAKIM.

7. Justeru, sukacita semua Warganegara Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul SAW Tahun 1442H/2020M.


Sekian.

KETUA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JAKIM
8 Oktober 2020


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370