Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Saranan Mengadakan Solat Jenazah Ghaib Mendoakan Mangsa Muslim Tragedi Kapal Selam Tentera Indonesia Kri Nanggala 402

LOGO JAKIM small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

SARANAN MENGADAKAN SOLAT JENAZAH GHAIB
MENDOAKAN MANGSA MUSLIM TRAGEDI
KAPAL SELAM TENTERA INDONESIA
KRI NANGGALA 402

Bil. 13/2021
 
Lanjutan pengumuman yang telah dibuat oleh Indonesia mengenai keadaan mangsa tragedi kapal selam KRI Nanggala 402, JAKIM menyeru seluruh umat Islam di negara ini untuk sama-sama mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat mangsa muslim. Solat boleh diadakan secara individu mahupun berjemaah.
 
Pihak JAKIM melalui tiga buah masjid utama yang berada di bawah pentadbirannya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib pada malam ini sejurus Solat Isyak.
 
Sebagai tanda keprihatinan rakyat Malaysia terhadap rakan negara serantau yang telah ditimpa musibah, JAKIM turut memohon kerjasama dan jasa baik pihak Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk turut menganjurkan Solat Jenazah Ghaib di semua masjid dan surau di negeri masing-masing.
 
JAKIM dan seluruh umat Islam merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap mereka dikurniakan kesabaran yang tinggi menghadapi musibah ini.
 
Sekian.
 
ZAKARIA BIN OTHMAN
Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM
26 April 2021
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357