Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Dakwaan Penglibatan Muslim Dalam Program Interfaith Water Ceremony

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

DAKWAAN PENGLIBATAN MUSLIM DALAM PROGRAM
INTERFAITH WATER CEREMONY


Bil. 55/2025

1. JAKIM mengambil perhatian tentang penularan isu berkaitan dakwaan penglibatan individu Muslim dalam program yang dirujuk sebagai “Interfaith Water Ceremony”, yang telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, individu tersebut bukan pegawai JAKIM. Walau bagaimanapun, JAKIM akan memanggil individu berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

2. Sementara itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengeluarkan kenyataan media rasmi pada 18 Disember 2025 bagi menjelaskan isu dakwaan penyertaan pegawai JHEAIPP dalam program tersebut. Kenyataan berkenaan memperincikan latar belakang penganjuran program, tujuan sebenar kehadiran pegawai agama Islam negeri, serta konteks rakaman yang tular di media sosial.

3. Bagi memastikan penelitian yang adil dan menyeluruh, JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang dibangkitkan. Perkara ini sedang diteliti secara serius oleh JAKIM.

4. Dalam masa yang sama, JAKIM bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkaitan, bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh, berlandaskan perundangan sedia ada.

5. ?JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, dipohon membuat laporan rasmi kepada pihak Polis Diraja Malaysia serta pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
24 DISEMBER 2025M / 3 REJAB 1447H
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 34
  • Yesterday 26
  • This Week 34
  • This Month 334
  • This Year 372