Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Solat Hajat Untuk Misi Sukarelawan Global Sumud Flotilla

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

SOLAT HAJAT UNTUK MISI SUKARELAWAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA


Bil. 37/2025


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merujuk kepada kenyataan media YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2 September 2025 berhubung seruan pelaksanaan Solat Hajat bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

2. Selaras dengan arahan YB Menteri, JAKIM telah mengeluarkan arahan kepada semua masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan Solat Hajat pada hari ini (Rabu), 3 September 2025, selepas solat Zohor secara serentak. Saranan ini juga telah dipanjangkan kepada Masjid Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk turut melaksanakan ibadah yang mulia ini.

3. Justeru itu, JAKIM menyeru seluruh umat Islam di negara ini untuk turut serta menunaikan Solat Hajat di masjid, surau, institusi, organisasi masing-masing, atau secara individu di rumah bagi sama-sama berdoa agar misi ini dipelihara Allah SWT, diberi perlindungan, kelancaran, dan keberkatan.

4. Semoga usaha murni ini mendapat rahmat dan pertolongan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.


DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
3 SEPTEMBER 2025M / 10 RABIULAWAL 1447H
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357