Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Komen Jelik Di Laman Facebook Yang Memburukkan Kalimah Al-Fatihah

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

KOMEN JELIK DI LAMAN FACEBOOK YANG MEMBURUKKAN KALIMAH AL-FATIHAH


Bil. 20/2025

bismillah 2

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


1. Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius tindakan seorang individu yang memuat naik komen tidak bertanggungjawab di laman Facebook Astro Awani bertarikh 15 April 2025, berkaitan majlis penghormatan terakhir Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. Komen tersebut jelas memperlekehkan serta mempermainkan ajaran Islam, khususnya pada saat penuh hiba dan penghormatan terhadap pemergian seorang tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara. Sikap sebegini amat tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati perasaan masyarakat Islam khususnya pihak keluarga Allahyarham.

2. Susulan itu, JAKIM telah mengambil tindakan segera dengan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.

3. Komen berunsur penghinaan ini bukan sahaja mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat Islam, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum, lebih-lebih lagi apabila individu terbabit dikenal pasti berkemungkinan tidak menetap di Malaysia.

4. Semua pihak digesa untuk menghentikan sebarang bentuk hantaran atau komen yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan, dan menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

5. Rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, diseru agar terus mengamalkan sikap saling menghormati serta peka terhadap sensitiviti agama dan kepercayaan, sejajar dengan nilai-nilai Malaysia MADANI yang menekankan aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan.

DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357