Media Statement
Media Statement
Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Merangkap Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Berkenaan Saranan Agar Semua Pihak Menjaga Kesucian Akidah, Syariah Dan Akhlak Islam

KENYATAAN MEDIA
-
JAKIM ingin menzahirkan rasa kebimbangan terhadap kenyataan dan tindakan pihak-pihak tertentu sejak akhir-akhir ini yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.
-
Selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) serta badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, JAKIM amat khuatir dengan situasi ini. Tindakan pihak-pihak yang mengeluarkan pandangan dan kenyataan yang bersifat menghukum pihak-pihak yang tidak sealiran fahaman dan ideologi dengan kumpulan masing-masing dikhuatiri boleh mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara. Sayugia diingatkan bahawa negara ini mempunyai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara yang perlu dihormati oleh semua pihak.
-
JAKIM juga ingin menyeru semua pihak agar dapat sama-sama menjaga dan memelihara keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang kaum, agama dan ideologi dalam negara agar matlamat membina negara yang sejahtera dapat dicapai selaras prinsip Maqasid Syariah.
DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Merangkap
Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
27 Jun 2023
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357