Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Mengenai Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2023

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

MENGENAI

PROGRAM KEROHANIAN AMBANG TAHUN BAHARU 2023

Bil. 32 /2022

  1. Sukacita dimaklumkan, susulan keputusan pihak kerajaan membatalkan acara sambutan ambang tahun baharu 2023 berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir, JAKIM mengambil langkah alternatif menganjurkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023. Program ini akan berlangsung pada 31 Disember 2022 (Sabtu), bertempat di Masjid Putra, Putrajaya, bermula jam 6.30 petang.

  2. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri serta jemaah menteri yang beragama Islam dijadual akan hadir bersama-sama rakyat jelata bagi menjayakan program tersebut. YAB Perdana Menteri juga akan menyampaikan amanat khas sempena tahun baharu 2023 semasa majlis tersebut yang akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

  3. JAKIM turut menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara serta seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah SWT.


Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
Ketua Pengarah
30 Disember 2022
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369