Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM Berkenaan Majlis Pelancaran Program RAHMAH Peringkat Negeri Kelantan Dan Penyampaian Bantuan Pondok Dan Tahfiz Daripada Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM RAHMAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN PONDOK DAN TAHFIZ
DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI
_______________________________________________________________________________________
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 17 Ogos 2019 / 16 Zulhijjah 1440 (Sabtu) bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP) Panji, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 8.00 pagi.
 
Majlis akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz Tengku Temenggong Kelantan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dijangka tiba pada jam 9.00 pagi.
 
Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mencapai kesatuan fikrah antara pihak kerajaan dengan para imam, guru takmir, PPMD dan guru KAFA dalam memperkasa umat Islam di negara ini melalui penerapan nilai dan konsep rahmah. Selain memperkasa peranan mereka dalam membantu kerajaan persekutuan dan memartabatkan umat Islam di negara ini, selaras dengan pendekatan rahmatan lil ’alamin.
 
Berdasarkan itu, JAKIM telah menyusun beberapa aktiviti sepanjang majlis pelancaran ini antara lain ialah Sesi Bicara Multaqa Murabbi Ummah Bicara Ilmu: Pembaharuan Pentadbiran Islam yang akan disampaikan oleh Puan Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sesi ini akan membentangkan beberapa pembaharuan di dalam pentadbiran Islam.
 
Sesi Bicara & Dialog Rahmah akan dikendalikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di dalam sesi ini para hadirin akan mendapat penjelasan berkenaan konsep rahmah, menyuarakan idea dan pendapat atau apa sahaja isu-isu semasa yang berkaitan dengan pentadbiran Islam masa kini.
 
Program Rakan Masjid Dan Hospital (RAMAH) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mana melalui program ini, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan pihak pengurusan HUSM akan mengadakan lawatan RAMAH, menyantuni pesakit-pesakit di wad-wad Hospital serta menyampaikan cenderamata kepada pesakit-pesakit di hospital.
 
Sempena Pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Kelantan ini juga, JAKIM turut mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Pondok dan Tahfiz kepada Kerajaan Negeri. Bantuan sebanyak RM8,270,684.43 ini akan memberi manfaat kepada 50 buah tahfiz dan 35 buah pondok di seluruh negeri Kelantan.
 
Sehubungan dengan itu, dimohon jasa baik pihak media untuk membuat hebahan dan liputan bagi penganjuran program ini.
 
Sekian
 
DATUK MOHAMAD NORDIN IBRAHIM
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
17 Ogos 2019
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370