Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM Mengenai Perarakan Sokongan LGBT Sempena Hari Wanita Antarabangsa Di Kuala Lumpur

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
MENGENAI
 
PERARAKAN SOKONGAN LGBT SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA DI KUALA LUMPUR
__________________________________________________________________________________
 
JAKIM merasa kesal dengan tindakan sekumpulan peserta perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2018 yang menyokong golongan LGBT di negara ini.
 
JAKIM menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf LGBT di negara ini selaras pendirian Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai yang diamalkan di negara barat iaitu LGBT dan perkahwinan sama jenis.
 
Pendirian sama juga turut ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang melarang sebarang usaha untuk mempromosikan LGBT di negara ini.
 
Sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di negara kita. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam. Demokrasi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa yang disukainya, lebih-lebih lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia.
 
JAKIM komited menangani dan membantu golongan yang terjebak dengan budaya LGBT melalui program rawatan dan pemulihan yang dijalankan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak.
 
Sekian.
 
DATUK MOHAMAD NORDIN IBRAHIM
Ketua Pengarah JAKIM
10 Mac 2019
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370