Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Media Statement

Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Berkenaan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Berhubung Perintah Larangan Terhadap Bahan Terbitan Berunsur Islam

Kenyataan Media Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI



JATA
AKBAR

MKI

______________________________________________________________________________________________________________________________________

KENYATAAN MEDIA

PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)

BERKENAAN

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA MUZAKARAH MKI BERHUBUNG PERINTAH LARANGAN TERHADAP BAHAN TERBITAN BERUNSUR ISLAM


____________________________________________________________________________________________________________________________________
 

Tarikh: 10 Ramadan 1446H/11 Mac 2025

bismillah 2


1. Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 telah bersidang pada 24 - 26 September 2024.

2. Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-125 yang bersidang pada 20 hingga 22 Rabiulawal 1446 bersamaan 24 hingga 26 September 2024 telah membincangkan mengenai Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Media Berunsur Islam (JPMBI) Kali Ke-96. Muzakarah mengambil ketetapan dan bersetuju memperakukan kesemua 12 buku tersebut dikenakan Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri:

(i) The Goal of The Wise.
Abdullah Hashem Aba al-Sadiq. 2022.

(ii) Memahami dan Menyingkapi Tradisi Tuhan - Kebangkitan yang Dibenci tapi Dirindui.
Ahmad Mesiyyakh. 2022.

(iii) Manusia Sebelum Adam.
Luqmanul Hakim Abdul Razak. 2023.

(iv) Suhuf Abraham.
Tanpa penulis & tahun terbit.

(v) Suka Duka Perjalanan Dhul Qarnain.
Tanpa penulis & tahun terbit.

(vi) Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa.
Ahmet T. Kuru. 2024.

(vii) Perikatan Ulama - Negara Punca Autoritatianisme dan Kemunduran Dunia Muslim.
Ahmet T. Kuru. 2022.

(viii) Golongan Muslim Pertama, Sejarah dan Memori.
Asma Afsaruddin. 2018.

(ix) Jalan Kebenaran Universal.
Tanpa penulis & tahun terbit.

(x) Duhai Hati - Menarilah Bersamaku.
Ismail Ariffin @ Lepat. 2023.

(xi) Kaidah Moral dan Disiplin.
Tanpa penulis & tahun terbit.

(xii) Penemuan Terbaru Akidah Bersanad Imam AI-Shafi'i'.
Sadr al-Din Abu al-Wafa' Sulayman bin Yusuf al-Yasufi. 2024.

3. Kesemua 12 buku yang dibentangkan mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah (AI-Asya'irah AI­ Maturidiyyah), syariah dan akhlak islam yang dapat mengelirukan masyarakat Islam. Oleh itu, buku-buku berkenaan perlu diharamkan.

4. Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku-buku tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' (DR.) HAJI NOOH BIN GADOT
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357