Bil. 5/2023
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan pada hari ini melancarkan
Ihtifal Kelas Al Quran Dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Program ini bakal dilaksanakan pada
25-27 Ogos 2023 di Negeri Sembilan. Ihtifal Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan pada tahun ini merupakan kali yang
ke lapan
2. Ihtifal KAFA Kebangsaan merupakan
aktiviti tahunan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan. Pihak yang terlibat di dalam program ini ialah
pelajar-pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan (JPPIK).
3. Objektif pelaksanaan Ihtifal KAFA Kebangsaan ini ialah untuk membina keyakinan pelajar KAFA seawal peringkat kanak-kanak untuk kearah pembentukan kemenjadian murid yang seimbang dalam bidang akademik dan keperibadian diri, serta memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar KAFA dan menyerlahkan bakat dan kemampuan mereka.
4. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan menjadi
tuan rumah pada tahun 2023 ini melibatkan penyertaan dari
14 buah negeri dengan keseluruhan melebihi
300 orang yang terdiri daripada kontinjen, hakim, pegawai teknikal dan urusetia yang akan berkampung di bumi adat perpatih.
5. Ihtifal Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum dan latihan pengukuhan kepada murid-murid KAFA dalam menguasai kurikulum KAFA JAKIM berasaskan
elemen kesenian dan kreativiti. Sebanyak 6 acara dipertandingkan bagi kategori lelaki dan perempuan iaitu
tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, bercerita kisah al-Quran,
khat, nasyid dan jawi.
6. Signifikan pelaksanaan Ihtifal Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah untuk menjadikan murid-murid KAFA mampu bersaing di peringkat kebangsaan sehingga antarabangsa. Hakikatnya telah ada dalam kalangan murid KAFA yang telah mewakili negeri dan negara di peringkat antarabangsa sebagai contoh
adik Ahmad Azfar bin Hj Azraei dari Melaka yang menjadi johan acara Tilawah Al-Quran pada Ihtifal KAFA pada tahun lepas, kemudiannya dipilih mewakili negara, seterusnya menjadi johan di peringkat antarabangsa.
7. Unjuran jadual pertandingan bermula dengan
pemilihan peserta dan pertandingan di peringkat sekolah pada bulan Mei dan Jun,
bulan Julai pertandingan di peringkat negeri, manakala di
peringkat kebangsaan adalah pada bulan Ogos iaitu pada pada
25-27 Ogos 2023 di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
8. Mohon jasa baik rakan media untuk membuat liputan yang sewajarnya berkaitan program ini.
Sekian terima kasih.
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
7 April 2023