Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

38 Orang Juruaudit DQ dan LTDQ Terlibat Bengkel ToT JAKIM

6 Julai 2022 – Seramai 38 orang juruaudit dari DQ dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah terlibat dalam Bengkel Training of Trainers (ToT) Panel Audit Pemberi Pendidikan Tinggi JAKIM yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Bengkel yang diadakan selama dua hari bermula 5 Julai 2022 ini telah dianjurkan oleh Bahagian Dasar Kemajuan Islam. Tujuan bengkel ini diadakan bagi melahirkan juruaudit dalaman atau internel assessor yang dapat mencetuskan penambahbaikan berterusan dan dapat memastikan pematuhan secara total terhadap standard serta mengaplikasi amalan audit berimpak tinggi terhadap program pengajian berdasarkan standard yang ditetapkan oleh badan akreditasi.

Puan Suhaini Hassan dari Mercu Inovasi Training & Consulting telah dijemput sebagai panel penasihat atau pembimbing bengkel. Hasil daripada bengkel TOT ini, semua juruaudit dapat menjelaskan definisi, tujuan dan proses serta etika audit dalaman/penilaian kendiri. Juruaudit juga berjaya menyiapkan senarai semak generik dan spesifik audit berdasarkan keperluan COPPA. Selain itu, peserta bengkel dapat melaksanakan simulasi audit/penilaian kendiri serta menambah baik senarai semak. Melalui bengkel ini juga, juruaudit akan dapat menyediakan analisis, laporan penilaian kendiri SRR dan dapat mengenal pasti jurang (gap) serta peluang penambahbaikan (CQI).

38 Orang Juruaudit DQ dan LTDQ Terlibat Bengkel ToT JAKIM

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=601

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370