Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

808 Keluarga Terima Manfaat Program Musaadah Agensi Agama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

RANAU : Seramai 808 keluarga yang telah diuji dengan musibah banjir dan tanah runtuh serta pelajar kurang berkemampuan telah menerima manfaat dari agensi Islam menerusi program Musaadah Madani dan Program Jom Kembali ke Sekolah 2023.

Program yang dilaksanakan pada hari ini, bertujuan meringankan beban para penerima bantuan dalam meneruskan kehidupan serta bantuan persediaan sesi persekolahan yang bakal tiba.

Menurut YBrs Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM , bantuan persekolahan yang diberikan itu diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga yang berpendapatan rendah dan mereka yang diuji dengan bencana.

Menurutnya, bantuan ini telah disediakan oleh Skuad Musaadah Madani agensi agama dan ianya akan berterusan pada masa akan datang

Beliau berkata, pemberian bantuan kepada golongan ini merupakan usaha untuk mengelakkan berlaku lebih banyak keciciran dalam pendidikan khususnya di pendalaman Sabah.

“Kita merasakan kalau kita tidak membantu anak-anak dalam persekolahan dari segi fizikal dan mental, mereka tidak ada motivasi untuk meneruskan persekolahan.

Adalah menjadi tanggungjawab kami , untuk membantu anak-anak ini dalam menyambung kembali persekolahan tahun Baharu 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir kepada keluarga dan pelajar di Dewan Astaka di Kota Marudu dan di Kg. Libang Ranau Sabah pada hari ini.

Sementara itu, bagi ibu pelajar pula, bantuan yang diterima sangat membantu meringankan beban keluarga ketika ini.

“Alhamdulilah, dapat ringankan beban keluarga dan suami. Saya sebagai suri rumah sepenuh masa dapat bantuan seperti beg dan makanan asas ini semua banyak membantu, memandangkan sekarang ini ekonomi yang tidak menentu, ada program macam ini Alhamdulillah,” kata surirumah Wan Samidah bt Jonalin.

Manakala menurut seorang penerima ibu tunggal berkata, program yang dianjurkan itu sangat-sangat melegakan penerima khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan dapat membantu beban penduduk yang mengalami ujian musibah bencana alam baru-baru ini.

808 Keluarga Terima Manfaat Program Musaadah 1

808 Keluarga Terima Manfaat Program Musaadah 2

808 Keluarga Terima Manfaat Program Musaadah 3

808 Keluarga Terima Manfaat Program Musaadah 4

808 Keluarga Terima Manfaat Program Musaadah 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370