Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Agenda Memperkasa Pegawai Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie Diteruskan JAKIM

Shah Alam, Selangor, 24 hingga 26 Mei 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah meneruskan agenda memperkasakan Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie dengan menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Manual Elemen Elemen Kesalahan Jenayah Syariah siri 1/2022 pada 24 – 26 Mei 2022. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah.

Mesyuarat yang bertujuan untuk menyediakan satu manual seragam yang mengandungi elemen-elemen kesalahan jenayah Syariah bagi rujukan dan panduan Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia tersebut telah dihadiri oleh ahli Jawatankuasa yang dilantik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri-Negeri, Ketua Pendakwa Syarie Negeri-Negeri dan wakil dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Pada kali ini, elemen-elemen kesalahan dalam sembilan (9) seksyen yang berkaitan telah dibincangkan iaitu seksyen 34 (pembayaran zakat kepada orang yang tidak diberi kuasa), seksyen 35 (menggalakkan maksiat), seksyen 36 (memujuk lari perempuan bersuami), seksyen 37 (menghalang pasangan suami isteri duduk bersama), seksyen 38 (menghasut suami isteri bercerai), seksyen 39 (memujuk lari orang perempuan), seksyen 40 (menjual atau menyerahkan anak kepada orang bukan Islam), seksyen 41 (qazaf) dan seksyen 42 (penyalahgunaan tanda halal).

Untuk rekod, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] telah dijadikan asas rujukan dalam penyediaan Manual Elemen Elemen Kesalahan Jenayah Syariah di samping Enakmen dan Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.

Agenda Memperkasa Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie 1

Agenda Memperkasa Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie 2

Agenda Memperkasa Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370