Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Agenda pemerkasaan KAFA melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana KAFA Peringkat Persekutuan

04 Disember 2023 JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) telah mengadakan Mesyuarat Pelaksana KAFA Peringkat Persekutuan bilangan 2 /2023,  bertempat di Hotel New York Johor Bahru. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM.

Mesyuarat ini adalah merupakan wadah dan ruang yang terbaik bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh Malaysia. Semua agensi yang terlibat boleh mengemukakan pandangan dan pendapat untuk dikongsi bersama khususnya dalam konteks memperkasakan pengurusan KAFA. Dengan harapan apa juga masalah/isu di negeri-negeri dapat selasaikan.

JAKIM bersama agensi bertanggungjawab di peringkat persekutuan dan negeri sentiasa komited meneruskan usaha memperkukuhkan pendidikan Islam dalam kalangan murid-murid Islam diseluruh Negara. Selain itu, perhatian juga turut diberikan terhadap murid berkeperluan pendidikan khas, murid di kalangan masayarakat Orang Asli dan kawasan pedalaman khususnya di Negeri Sabah dan Sarawak.

Perbincangan turut menyentuh isu kekurangan guru KAFA, skim perjawatan guru KAFA dan naik taraf perjawatan  Penyelia KAFA yang perlu diambil perhatian oleh semua ahli sama ada di peringkat persekutuan atau pu  negeri.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah wakil daripada Kementerian Pendidkan Malaysia,  Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, JAKIM Sabah, Yayasan Islam Terengganu, Pegawai Bahagian JAKIM, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan dan Pengarah Bahagian Pendidikan, Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim selaku Setiausaha Mesyuarat ini.

Moga mesyuarat yang dilaksanakan 2 kali setahun ini menjadi satu platform kepada penambahbaikan dan pemerkasaan KAFA selaras dengan falsafah, visi dan misinya dalam membangun khaira ummah.

WhatsApp Image 2023 12 05 at 12.12.24 PM

WhatsApp Image 2023 12 05 at 12.12.25 PM

WhatsApp Image 2023 12 05 at 12.12.26 PM
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370