Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bahagian Penyelidikan Terima Kunjungan Hormat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Putrajaya, 4 Disember : Bahagian Penyelidikan hari ini menerima kunjung hormat delegasi Ahli Jawatankuasa Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMPP).
 
Delegasi diketuai oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama 11 Ajk Fatwa Negeri dan pegawai dari Jabatan tersebut.
 
Lawatan kerja ini dirancang oleh JMPP bagi menjalinkan kerjasama strategik bersama JAKIM dalam bidang penyelidikan di samping bertukar maklumat mengenai hasil kajian berkaitan hukum syarak, akidah dan muamalat serta perancangan program kolaborasi seperti seminar pendidikan fatwa.
 
JAKIM merupakan lokasi pertama dikunjungi delegasi ini dalam rangka lawatan selama 3 hari di Putrajaya. Selain JAKIM, JMPP juga mengadakan kunjung hormat di beberapa agensi sekitar.
 
Turut hadir dalam lawatan kerja ini juga, Sahibul Fadhilah Dato' Haji Md. Saleh bin Haji Ahmad serta Sahibul Fadhilah Datuk Abd. Aziz @ Aziz bin Che Yacob yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
 
Terima Kunjungan Hormat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 1
 
Terima Kunjungan Hormat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 2
 
Terima Kunjungan Hormat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 3
 
Terima Kunjungan Hormat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 4
 
Terima Kunjungan Hormat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 5
 
Terima Kunjungan Hormat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 6
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370