News
News
Bahagian Perundangan Syariah Jakim Anjur Bengkel (User Requirements Study – Urs): Langkah Proaktif Mantapkan Sistem E-Jinayat Versi 4.1 Bersama Negeri-Negeri
Kurator Berita : Bahagian Perundangan Syariah
PUTRAJAYA– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study – URS) bagi Peningkatan Sistem e-Jinayat Versi 4.1 yang berlangsung selama dua hari bermula pada 19 hingga 20 Ogos 2026.
Mesyuarat yang bertempat di Mini Teater, JAKIM di Kompleks Islam Putrajaya ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri, Ketua-Ketua Pendakwa Syariah Negeri, serta Pentadbir-Pentadbir Sistem e-Jinayat dari seluruh negeri bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan secara menyeluruh daripada para pengguna utama sebelum fasa pembangunan sistem diteruskan.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini ini dijadikan medan libat urus strategik bagi menterjemahkan kehendak serta amalan terbaik pemegang taruh ke dalam Sistem e-Jinayat Versi 4.1, seterusnya memantapkan lagi prestasi dan fungsi sistem sedia ada, di samping meningkatkan kecekapan aliran kerja penguatkuasaan serta pendakwaan Syariah secara lebih holistik.
Kerja-kerja peningkatan sistem dijadualkan bermula secara rasmi dari 15 Julai 2026 hingga 14 Julai 2027.
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356