Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Latihan Pengguna Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) Modul Khidmat Nasihat Bagi Fasilitator/Petugas KSKCareCentre, Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti (PKKSK)

20 APRIL 2026M | 2 ZULKAEDAH 1447H | JAKIM, PUTRAJAYA

Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti melalui Cawangan Pembangunan Keluarga telah menganjurkan Bengkel Latihan Pengguna Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) Modul Khidmat Nasihat khusus bagi perkhidmatan KSKCareCentre, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK). Latihan kali ini melibatkan 30 penyertaan dalam kalangan fasilitator dan petugas KSKCareCentre@MTMZA JAKIM, KSKCareCentre Masjid Puncak Alam Selangor, KSKCareCentre Kolej Darul Hikmah, KSKCareCentre Jabatan Agama Islam Johor, KSKCareCentre Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, KSKCareCentre Jabatan Agama Islam Melaka, PKKSK Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan PKKSK Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Penganjuran bengkel latihan ini sejajar dengan hasrat digitalisasi perkhidmatan ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Para peserta diberi penerangan tatacara penggunaan SPPIM bermula dari proses menerima aduan sehingga penyediaan laporan. Simulasi penggunaan sistem turut dilaksanakan bagi memantapkan kemahiran para peserta.

Semoga usaha ini dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat di KSKCareCentre, PKKSK dan mengurangkan kebergantungan kepada proses manual serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.

Bengkel Latihan SPPIM Modul Khidmat Nasihat Bagi Fasilitator 01

Bengkel Latihan SPPIM Modul Khidmat Nasihat Bagi Fasilitator 02

Bengkel Latihan SPPIM Modul Khidmat Nasihat Bagi Fasilitator 03

Bengkel Latihan SPPIM Modul Khidmat Nasihat Bagi Fasilitator 04

Bengkel Latihan SPPIM Modul Khidmat Nasihat Bagi Fasilitator 05
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370