News
News
Bengkel Pembangunan Smart Insani
Bangi, 24 Julai – Cawangan Pembangunan Profesionalisme (CPP), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Modul Smart Insani kepada jurulatih-jurulatih yang dilantik di kalangan warga ILIM dan JAKIM pada 23 dan 24 Julai 2020 bertempat di Bilik Kuliah Al-Khawarizmi, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama, Bangi Selangor.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkukukan integriti dan memantapkan nilai-nilai positif di kalangan penjawat awam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Bengkel ini dikendalikan oleh penyelaras dan fasilitator berpengalaman daripada ILIM dan JAKIM untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman mengenai kepimpinan untuk memantapkan organisasi. Seramai 20 orang jurulatih telah hadir mengikuti bengkel ini yang turut diadakan secara atas talian. Semoga bengkel ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran bagi menerapkan nilai-nilai positif dan tanggungjawab terhadap Jabatan dan organisasi.


Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357