Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Pemurnian Glosari Bahasa Isyarat Islam (Ibadah) Bagi Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran

Bangi, Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Bengkel Pemurnian Glosari Bahasa Isyarat Islam (Ibadah) bagi Komuniti OKU Pendengaran.

Bengkel ini berlangsung selama tiga hari pada 4,5 dan 10 februari 2021. Sebanyak 262 istilah Ibadah dapat dimurnikan maksud dan huraiannya berdasarkan kitab-kitab Fekah yang muktabar. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyelaras Glosari Bahasa Isyarat Islam (Ibadah) OKU Pendengaran bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham sebelum boleh digunapakai oleh Daie Pekak (tenaga pengajar OKU Pekak), Komuniti OKU Pendengaran serta masyarakat umum.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah binti Abdul Rahman (Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul UM) selaku Panel Pakar Syariah JAKIM bersama tiga orang Panel Pakar Bidang iaitu Dr. Syed Jeffry bin Syed Jaafar dan Dr. Muhammad Safwan bin Harun (Universti Malaya) dan Dr. Mohd Hapiz bin Mahaiyaddin dari UITM Shah Alam. Turut terlibat 14 orang panel pakar penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia selaku pembina Bahasa Isyarat Islam bersama dengan Komuniti OKU Pendengaran, wakil dari Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas, Munshi Dewan, KPM serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) OKU Pendengaran.

Harapan semua agar Glosari Bahasa Isyarat Islam (Ibadah) ini dapat menyelaraskan istilah Islam (Ibadah) dalam kalangan komuniti OKU Pendengaran dan masyarakat umum.

Glosari Ibadah OKU Pekak 1
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370