Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Pendaftaran dan Penjanaan Angka Giliran Calon UPKK 2023

PORT DICKSON, 7 hingga 9 September 2023, Jabatan Kemajuan Islam melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel Pendaftaran dan Penjanaan Angka Giliran Calon UPKK 2023 bertempat di Tasik Vila Port Dickson Negeri Sembilan. Bengkel ini dihadiri seramai 33 orang yang mewakili daripada Jabatan Agama Islam Negeri, Yayasan Islam Negeri, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan, dan JAKIM cawangan Sabah.

Objektif bengkel ini adalan untuk menyelaraskan data Calon UPKK 2023 dan menjana Angka Giliran Calon UPKK 2023. Selain itu, mengemaskini Data Tapak Bajet Pengurusan UPKK bagi Tahun 2023 serta mengemaskini maklumat dan data keputusan calon 2022 bagi pengurusan Percetakkan Sijil UPKK tahun 2022 .

Penyelaras bengkel ini adalah Encik Mohd Aminullah bin Saliman Penolong Pengarah Kanan dan dibantu oleh 2 orang penyelia KAFA iaitu Nurul Faizan binti Ishak serta Ahmad Fadlee bin Ishak dari Unit Peperiksaan Cawangan Pengurusan KAFA. Manakala fasilitator jemputan adalah Encik Mohd Ridzuwan bin Wari Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM.

Semoga dengan adanya bengkel ini dapat mempertingkatkan lagi proses pengurusan pendaftaran dan penjanaan angka giliran calon UPKK tahun 2023.

Bengkel Pendaftaran dan Penjanaan Angka Giliran Calon UPKK 2023 1

Bengkel Pendaftaran dan Penjanaan Angka Giliran Calon UPKK 2023 2

Bengkel Pendaftaran dan Penjanaan Angka Giliran Calon UPKK 2023 3

Bengkel Pendaftaran dan Penjanaan Angka Giliran Calon UPKK 2023 4

Bengkel Pendaftaran dan Penjanaan Angka Giliran Calon UPKK 2023 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370