Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Pengemaskinian Markah MPKAFA Negeri Kedah Siri 1 Tahun 2021

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Markah MPKAFA Negeri Kedah Siri 1 Tahun 2021 pada 5 dan 6 Disember 2021 bertempat di Bilik Pengurusan Maklumat (ICT) Wisma Negeri Kedah Darul Aman. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada guru penganalisa Negeri Kedah dan penyelia KAFA Negeri Kedah.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk analisa markah MPKAFA peringkat negeri untuk pengumuman MPKAFA tahun 2021. Selain pegawai Bahagian Pendidikan, bengkel ini turut melibatkan pegawai Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JAKIM iaitu Puan Farhana Binti Zainol sebagai fasilitator.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustazah Fauziah binti Razap selaku Ketua Cawangan Pembiayaan dan Pentaksiran, Bahagian Pendidikan JAKIM. Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada guru KAFA dan penyelia KAFA yang bertungkus lumus bagi melaksanakan MPKAFA di setiap negeri. Tahniah atas kejayaan dan kesungguhan dalam memikul amanah yang di beri.

Bengkel Pengemaskinian Markah MPKAFA Kedah Siri 1 2021 1

Bengkel Pengemaskinian Markah MPKAFA Kedah Siri 1 2021 2

Bengkel Pengemaskinian Markah MPKAFA Kedah Siri 1 2021 3

Bengkel Pengemaskinian Markah MPKAFA Kedah Siri 1 2021 4

Bengkel Pengemaskinian Markah MPKAFA Kedah Siri 1 2021 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370