Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bengkel Penilaian Buku Rujukan Pendidikan Islam

Bengkel Penilaian Buku Rujukan Pendidikan Islam bagi Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Islam, Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK), Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah diadakan pada 22 November 2022 bertempat di Dewan Jamuan B2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya dan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Aminudin bin Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, JAKIM.

Alhamdulillah, bengkel ini dapat menghimpunkan seramai 45 orang peserta yang dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan diketuai oleh ahli akademik daripada Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi setiap bidang Pendidikan Islam iaitu Al-Quran, Hadis, Akidah, Syariah, Akhlak dan Sirah. Para penilai pula terdiri daripada pegawai JAKIM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Agama Islam Negeri/ Jabatan Agama Islam Negeri termasuklah jurulapor dan urus setia.

Objektif bengkel ini adalah bertujuan bagi membuat semakan akhir dan menilai serta mengklasifikasikan hampir 300 buah buku rujukan Pendidikan Islam berdasarkan kepada peringkat asas, sederhana dan tinggi mengikut aras pengetahuan para pelajar di sekolah agama Islam.

Diharapkan Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Islam, JPPIK, MKI dan panduan buku rujukan Pendidikan Islam ini dapat memberi manfaat kepada 4,487 buah sekolah agama Islam berdaftar di negeri-negeri dengan jumlah 703,632 orang pelajar dan seramai 44,997 orang guru di pelbagai institusi termasuk tadika dan sekolah agama negeri, rakyat, agama swasta, pondok dan tahfiz dalam membina atau menggubal kurikulum Pendidikan Islam.

Semoga kerjasama yang terjalin di antara JAKIM dengan KPM, MAIN dan JAIN dapat terus dipererat yang mana usaha ini adalah signifikan kepada pendaftar sekolah-sekolah agama Islam yang berperanan dalam mengawal selia aspek pematuhan kurikulum pendidikan Islam di sekolah agama Islam agar menepati pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bersesuaian dengan amalan beragama serta kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

Bengkel Penilaian Buku Rujukan Pendidikan Islam 1

Bengkel Penilaian Buku Rujukan Pendidikan Islam 2

Bengkel Penilaian Buku Rujukan Pendidikan Islam 3

Bengkel Penilaian Buku Rujukan Pendidikan Islam 4

Bengkel Penilaian Buku Rujukan Pendidikan Islam 5

Bengkel Penilaian Buku Rujukan Pendidikan Islam 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370