News
News
Bengkel Perlaksanaan Training Road Map (TRM) JAKIM
Bangi, 24 Julai – Cawangan Pembangunan Profesionalisme (CPP), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan Training Road Map (TRM) JAKIM kepada pegawai-pegawai ILIM pada 23 dan 24 Julai 2020 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama, Bangi Selangor.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk merangka bentuk latihan JAKIM meliputi kompetensi generik (generic) dan fungsian (functional) pegawai Hal Ehwal Islam di JAKIM. Hasil bengkel ini ILIM telah membangunkan pelan latihan yang menyeluruh bagi memperkasakan perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Ia akan dijadikan panduan kepada semua pegawai dan penyelia di JAKIM dalam memantapkan dan memantau kompetensi warga kerja JAKIM.
Bengkel ini telah mendapat input dari semua pegawai di kluster bagi menyelaraskan bentuk kursus masing-masing. Seramai 18 orang telah hadir mengikuti bengkel ini yang juga telah dihadiri oleh Pengarah Kanan ILIM. Semoga Training Road Map ini akan dapat dilaksanakan pada tahun 2020 - 2025 dengan kerjasama penglibatan semua terlibat.






Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 25
- Yesterday 26
- This Week 25
- This Month 325
- This Year 363