News
News
Bengkel Semakan Dan Pemurnian Data Sistem Maklumat Imam Dan Masjid (SISMIM) Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun 2016
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mengadakan Bengkel Semakan dan Pemurnian Data Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM) Peringkat negeri Kelantan pada 26 & 27 Julai 2016 bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Panji Kelantan.
Peserta bagi program ini adalah terdiri daripada Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah/Jajahan (PPMD/J) seluruh negeri Kelantan dan wakil Bahagian Hal Ehwal Agama/Masjid Majlis Agama Islam Kelantan. Sasaran bengkel ini adalah bertujuan untuk membuat semakan dan pengesahan data SISMIM negeri Kelantan bagi tahun 2016. SISMIM yang mula dibangunkan pada tahun 2008, merupakan salah satu sistem tunggal di Jakim yang menjadi pusat rujukan utama maklumat masjid merangkumi modul masjid dan surau, modul kakitangan, kewangan imam dan modul takmir yang digunakan oleh negeri-negeri.
Secara keseluruhannya bengkel seperti ini menjadi platform pertemuan antara pihak Jakim, daerah dan negeri membuat pengemaskinian data dengan bimbingan pegawai teknologi maklumat Jakim, di samping juga menjadi medan perbincangan bagi menambahbaik pengurusan data SISMIM pada masa akan datang.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357