Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Bicara Urus Harta Islam: Pandemik Covid-19 Dan Perwarisan Harta Keluarga

Bangi, 15 September 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Bicara Urus Harta Islam: Pandemik Covid-19 Dan Perwarisan Harta Keluarga secara atas talian pada hari Rabu bertarikh 15 September 2021 bersamaan 8 Safar 1443H, jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari melalui platform Google Meet. Program ini telah mencapai kehadiran seramai 186 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) dan skim perkhidmatan yang lain dari pelbagai agensi.

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan input tentang pewarisan harta keluarga dalam mendepani era pandemik. Penjelasan mengenai urus harta: pengajaran daripada covid-19 beserta tips untuk waris dengan kaedah: 1 Keluarga 1 Wakil Celik Faraid dikongsikan oleh penceramah program yang pakar dan berpengalaman dalam bidang harta dan pewarisan, YBrs. Ustaz Zahari bin Mahad Musa dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Semoga program ini berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan urus harta serta mendapat pendedahan yang menyeluruh berkenaan pewarisan harta dalam mendepani era pandemik.

Bicara Urus Harta Islam Pandemik Covid 19 Dan Perwarisan Harta Keluarga 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/874-bicara-urus-harta-islam-pandemik-covid-19-dan-perwarisan-harta-keluarga

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 44
  • Yesterday 26
  • This Week 44
  • This Month 344
  • This Year 382