Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM-IIUM selesai sesi temu duga

12 April 2023 – Seramai 480 orang calon pelajar lepasan SPM telah dipanggil untuk mengikuti sesi temu duga pengambilan pelajar baharu bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2023-2024. Sesi temu duga ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 April 2023 berpusat di kompleks Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.

Jumlah 480 orang calon ini merupakan senarai pendek yang dipanggil temu duga daripada 566 orang calon pelajar yang memohon. Sementara 31 orang urus setia dan panel temu duga terdiri dari pegawai Darul Quran serta empat orang pegawai dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dilantik bagi mengendalikan sesi temu duga pada kali ini.

Program kerjasama antara Darul Quran JAKIM dengan UIAM ini pada awalnya dibuka penyertaan kepada pelajar aliran Sains dan pada tahun ini ia turut dibuka kepada pelajar aliran Sastera bagi melahirkan lebih ramai graduan huffaz dalam pelbagai bidang. Melalui sesi temu duga ini diharapkan semoga Darul Quran dan UIAM berjaya mendapat calon-calon yang kompeten untuk menyertai program ini.

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 1

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 2

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 3

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 4

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 5

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 6

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 7

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 8

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 9

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM IIUM selesai sesi temu duga 10




Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357