Catatan Ringkas Amanat YB Dato’ Dr. Mujahid Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
CATATAN RINGKAS AMANAT YB DATO’ DR. MUJAHID YUSOF MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Syukur pada Allah SWT - atas peluang utk bertemu & bertaaruf antara semua agensi sejak pelantikan sebagai menteri
Terima kasih kepada semua atas usaha mengatur inisiatif pertemuan saya dengan agensi-agensi Islam di bawah JPM.
Tingkatkan usaha bersama untuk menjaga amanah Allah SWT ini. Elakkan sifat ‘zalum’ & ‘jahul’. Kita perlu lebih peka kerana kita pendokong di agensi hal ehwal Islam. Turuti amanah yang telah diberikan kepada kita.
‘Menjaga Islam’ - satu perkataan yang besar. Satu amanah yang besar. Perlu ingat bersama, jaga Islam juga dilakukan oleh orang lain di luar sana. Maksud kita - ‘jaga urusan & pentadbirannya’. Allah Maha Berkuasa menggantikan sesiapa sahaja yang boleh mentadbir Islam.
Manusia/ insan - There’s is no perfect. Kita terdedah dengan kesalahan & kesilapan juga kealpaan. Kita berhak ditegur, menerima nasihat. Jangan terperangkap dengan doktrin ‘melayu/ pentadbiran Islam tak boleh ditukar’
Islam sempurna. Tetapi pentadbiran Islam terdedah dengan kepincangan. Contohnya kegagalan mengurus kewangan/ terlibat dalam rasuah dalam kalangan agensi hal ehwal Islam.
Jagalah nama baik Islam. Sama-sama kita saling menegur/ mengkritik untuk kebaikan bersama.
Hasrat saya ‘Tiada rasuah dalam agensi-agensi kerajaan.’ Kita sama-sama berusaha untuk menutup pintu-pintu yang membawa kepada kemungkaran melalui kaedah ‘saad al-zara’i.
Hentikan budaya ‘curry favour’/ bodek. Bersama saya membawa misi & visi Islam. Itu yg kita mahu. Bukan bodek saya.
Saya tidak duduk dalam GLC - Menteri tiada apa-apa kepentingan dalam GLC.
Artikel (3) - Islam Agama Persekutuan & menjamin kebebasan agama lain. Artikel (11) mengenai kebebasan.
FALSAFAH/ GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN yang kita akan bawa bermaksud :
Menguruskan kepelbagaian secara terbuka - Islam menyantuni masyarakat Islam & Bukan Islam. Keterbukaan kita dalam memberi pandangan. Lihatlah fiqh dalam kerangka yg luas. Terokailah fiqh selagi tidak bercanggah dengan syariat. Jangan sempitkan khazanah ilmu selagi ia berlegar di sekitar hokum-hukum syariat Islam.
Kerangka/ cara/ gaya berfikir kita berlandaskan Maqasid Al-Syariah. Kita mencontohi perkembangan Islam di Cordova. Islam menjaga insan. Kita menjaga segala sifat kemanusiaan. Berfikir dengan cara maqasidiq.
Acuan Malaysia. Gerak kerja kita berasaskan konteks semasa & ummah di Malaysia. Utamakan Fiqh Muwathonah iaitu Fiqh kewarganegaraan. Kita perlu mendenifinisikan Fiqh Manhaj Malizi. Kita boleh jadi model & contoh kepada negara seluruh dunia.
Kita perlu memenuhkan content media kita dengan Fiqh Manhaj Malizi. Da’ie2/ Pencetus Ummah yang lahir dari program-program media kita perlu diasah lagi supaya dapat menjadi duta kita.
Saya mengharapkan para pengusaha tahfiz supaya dapat membangunkan tahfiz mengikut acuan Malaysia supaya tahfiz-tahfiz kita dicontohi pula oleh luar negara.
Mudah-mudahan falsafah ini dapat sama-sama kita cerakinkan dalam misi bersama kita untuk mempromosi gagasan kita Rahmatan Lil’Alamin.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.