Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan Sabah

Program Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan telah diadakan pada 5 - 7 Ogos (Rabu - Jumaat) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), serta Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyantuni penduduk-penduduk kampung di Pulau Jambongan. Sebanyak tiga buah Kampung yang terlibat iaitu Kg. Ujung, Kg. Limau-limau dan Kg. Malalin. Pelbagai aktiviti turut diadakan diantaranya temuduga guru Kafa, Kursus Pra-Perkahwinan, Bengkel al-Fatihah, Bengkel Thaharah dan sebagainya.

Tambahan pula, program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohamad Sidik bin Awang Adi, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) Bahagian Pentadbiran Syariah, JHEAINS.

Usaha dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlu dilaksanakan secara konsisten dengan kerjasama pelbagai pihak. Semoga program-program dakwah yang dijalankan diperkasakan lagi agar dapat memberi manfaat yang besar buat semua pihak khususnya di Sabah.
 
 
Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan Sabah 1
 
Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan Sabah 2
 
Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan Sabah 3
 
Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan Sabah 4
 
Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan Sabah 5
 
Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan Sabah 6
 
Dakwah Bil Hal Pulau Jambongan Sabah 7
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370