Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah

29 September 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Usuluddin telah menganjurkan Diskusi Kitab Al-Aq?dah al-Haf?dah Im?m al-San?s? bertempat di Makmal Al-Quran (Braille) Darul Quran. Diskusi ini turut boleh diikuti melalui laman facebook Darul Quran JAKIM. Pembentang diskusi merupakan penceramah jemputan yang merupakan pakar dalam bidang akidah serta dakwah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Dr. Ahmad Arif bin Zulkifli.

Kitab Al-Aq?dah al-Haf?dah ini dikarang oleh Imam al-Sanusi sebagai ringkasan kepada kitab-kitab tauhid yang kompleks sebagai pemudah cara bagi pembelajaran kanak-kanak pada zaman beliau. Walaupun kitab ini sangat ringkas dan nipis, ia sangat bermanfaat bagi pemula yang ingin mempelajari ilmu akidah.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Usuluddin Darul Quran, Dr. Yusri bin Chek seusai diskusi. Semoga para peserta mendapat input yang bermanfaat hasil daripada perkongsian ini.

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah 1

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah 2

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah 3

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370