Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Darul Quran JAKIM Luaskan Kerjasama Program SPHB Ke Kolej Profesional Mara (KPM) Bandar Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka


MELAKA, 5 OGOS 2025 –Bagi mengembangkan program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB), Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan lawatan tapak ke KPM Bandar Melaka hari ini sebagai sebahagian daripada proses penilaian bagi permohonan menjadi Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB).

Rombongan yang diketuai oleh Pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Haji Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim tiba di KPM Bandar Melaka pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Puan Siti Aminah Binti Abdul Kadir ,Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT), Tuan Mohd Zan Bin Mohd Yusuf, Pengarah KPM Bandar Melaka bersama barisan pengurusan institusi.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai tahap kompentensi guru tahfiz, meninjau kemudahan infrastruktur selain membincangkan proses pelaksanaan SPHB.

Kerjasama ini diharap akan menjadi pemangkin dalam melahirkan huffaz teknokrat yang berkualiti, bersistematik dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Darul Quran JAKIM Luaskan Kerjasama Program SPHB Ke Kolej Profesional Mara KPM Bandar Melaka Jalan Hang Tuah Melaka 01

Darul Quran JAKIM Luaskan Kerjasama Program SPHB Ke Kolej Profesional Mara KPM Bandar Melaka Jalan Hang Tuah Melaka 02

Darul Quran JAKIM Luaskan Kerjasama Program SPHB Ke Kolej Profesional Mara KPM Bandar Melaka Jalan Hang Tuah Melaka 03

Darul Quran JAKIM Luaskan Kerjasama Program SPHB Ke Kolej Profesional Mara KPM Bandar Melaka Jalan Hang Tuah Melaka 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370