News
News
Dialog Meja Bulat Bersama Industri Siri 3/2018 (Usahawan Pembimbing/Agensi Payung)
Putrajaya, 02 Oktober 2018 - Dialog Meja Bulat Bersama Industri Siri ke 3 bagi tahun 2018 telah dijalankan di Bahagian Hab Halal, JAKIM hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee tersebut turut dihadiri oleh agensi-agensi dari JAIM, MARDI, ANGKASA, Melaka Halal Hab, MARA, FELDA, RISDA dan Perbadanan Putrajaya.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. Faridah Hanam binti Mohd Rashid, Naib Canselor, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Antara tujuan utama Dialog Meja Bulat Bersama Industri siri ke 3 bagi tahun 2018 ini ialah untuk berkongsi pengalaman berhubung bimbingan halal yang berterusan.
Selain itu, beberapa perbincangan berkenaan masalah-masalah serta cabaran yang dihadapi oleh industri (usahawan pembimbing / agensi payung) turut dilakukan agar mereka terus komited dengan Pensijilan Halal Malaysia di samping mengenalpasti fasiliti serta bimbingan yang dapat disediakan kepada industri kecil dan sederhana.
Sesi dialog tersebut yang bermula jam 8.30 pagi - 1.00 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu turut diisi dengan sesi pembentangan dari UCAM - RISDA, Serunai Commerce, SIRIM dan ANGKASA. Turut bersama dalam sesi dialog pada kali ini ialah Ustaz Bukhari bin Md Akhir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan serta En Mohd Fakarudin bin Masod, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengesahan Halal, Bahagian Hab Halal, JAKIM.
*Ikuti suasana sekitar dialog dan aktiviti-aktiviti Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/DialogMejaBulatSiri3
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357