Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Diskusi Fiqh Semasa

Lawas, 25 Jun - Ilmu Fiqh merupakan salah satu cabang ilmu agama yang wajib dipelajari oleh setiap individu Muslim. Dengannya seorang Muslim mampu mengetahui serta menerapkan syariat Islam dalam kehidupan manusia khususnya yang bersangkut paut dengan af'alul mukallaf (perilaku mukallaf). Oleh yang demikian, menyahut tanggung jawab ini, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Program Diskusi Fiqh Semasa khusus untuk Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI), Imam Daerah Lawas, Guru Takmir serta kakitangan agensi Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pada program tersebut, penceramah iaitu Ustaz Alpijun bin Ali (Kementerian Pendidikan Bahagian Limbang) telah berkongsi berkaitan Sejarah Perkembangan Ilmu Fiqh, Isu-isu Fiqh Kotemporari : Cabaran & Penyelesaian menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Program yang dihadiri oleh peserta seramai 45 orang ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Ustaz Sheikh Hadzrei Adam bin Seberi selaku Pengarah Kampus ILIM Kampus Lawas,JAKIM. Semoga kelas pengajian ini mencapai matlamatnya dalam memberi pendedahan dan kefahaman serta meningkatkan penguasaan peserta dalam bidang ilmu fiqh.

Diskusi Fiqh Semasa 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1019-diskusi-fiqh-semasa

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357