Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Diskusi Hadis Kepimpinan Islam

Bangi, 10 Jun - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Diskusi Hadis Kepimpinan Islam pada 9 Jun 2022 bersamaan 9 Zulkaedah 1443 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM.

Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan pemahaman ilmu berkaitan kepimpinan Islam dan menerapkannya dalam Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan Penjawat Awam. Penceramah diskusi ini, YBrs. Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mengupas secara terperinci mengenai aspek-aspek pemimpin dan kepimipinan dalam Islam seperti sejarah kepimpinan manusia, perbezaan kepemimpin Islam dan Barat, Islam dan Moden, syarat-syarat kepimpinan Islam serta peranan kepimpinan Islam masa kini.

Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN, Jabatan Mufti Negeri-negeri serta penjawat awam telah menghadiri diskusi ini. Semoga dengan terlaksananya diskusi ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan kepimpinan Islam.

Laporan Diskusi Hadis Kepimpinan Islam 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1004-laporan-diskusi-hadis-kepimpinan-islam

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357