News
News
Diskusi Isu-Isu Semasa Muamalat Siri 2 2023 Skim Pelaburan Vs Skim Penipuan
Putrajaya – 25 Ogos 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Isu-Isu Semasa Muamalat Siri 2/2023 yang memberi fokus terhadap isu scam dalam skim pelaburan yang kini sedang berleluasa dipromosikan terutamanya secara online. Diskusi yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sehingga jam 11.30 pagi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kesedaran kepada masyarakat mengenai skim pelaburan yang sah dan diiktiraf oleh Kerajaan agar masyarakat terhindar daripada menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Topik ini telah dikupas oleh dua (2) orang panel jemputan iaitu Encik Kamarul Rozman bin Nordin dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin iaitu Penasihat Syariah Institusi Kewangan Malaysia. Diskusi ini dihoskan oleh Ustaz Muhammad Nabil bin Mohd Ismail dari Bahagian Penyelidikan, JAKIM.
Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM dan twitter.



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370