Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat Siri 1/2023 “Penggunaan E-Wallet : Adakah Ia Patuh Syariah?”

Putrajaya - 22 Mac 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Penyelidikan Isu-Isu Muamalat Siri 1/2023 memberi focus pada isu-isu Syariah yang terdapat dalam penggunaan e-Wallet di mana ia membolehkan para pengguna membuat transaksi jual beli secara online hanya dihujung jari tanpa perlu membawa wang fizikal.

Diskusi yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir sehingga 11.30 pagi ini bertujuan untuk memberi maklumat dan kefahaman serta meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kemunculan aplikasi - aplikasi terkini yang dibangunkan bagi memudahkan sesuatu urus niaga berlaku secara online dan juga tanggungjawab operator atau penyediaan perkhidmatan dalam memastikan ia mematuhi kehendak syarak.

Isu-isu Syariah ini telah dikupas secara terperinci oleh Dr. Abdul Rahman bin A.shukor dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) manakala dari sudut teknikalnya disampaikan dengan jelas oleh Dr. Azuan bin Ahmad dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dihoskan oleh Dr. Nurul Aini binti Mohamed juga dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM dan twitter.

Diskusi Penyelidikan Isu Isu Muamalat Siri 1 2023 1

Diskusi Penyelidikan Isu Isu Muamalat Siri 1 2023 2

Diskusi Penyelidikan Isu Isu Muamalat Siri 1 2023 3

Diskusi Penyelidikan Isu Isu Muamalat Siri 1 2023 4

Diskusi Penyelidikan Isu Isu Muamalat Siri 1 2023 5

Diskusi Penyelidikan Isu Isu Muamalat Siri 1 2023 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370