Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

DQ, BDKI Bincang Selaras Isu Pengurusan Dan Akademik

2 Ogos 2024 – Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI), JAKIM selaku penyelaras kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah JAKIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran bagi berbincang serta menyelaras isu-isu berkaitan PPT. Delegasi BDKI diketuai oleh Pengarah Kanan, Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli bersama lima orang pegawai. Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.

Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan penggredan bagi Program Diploma Darul Quran, pelaksanaan MoU/MoA/Nota Kerjasama Darul Quran bersama pihak luar dan isu-isu berkaitan penaziran tahfiz. Selain itu turut dibincangkan berkenaan hala tuju Darul Quran, isu kesetaraan Sijil Syahadah, Konvensyen Huffaz dan Konvokesyen.

Pihak Darul Quran menyambut baik usaha kerjasama dan perbincangan bagi menyelaraskan isu-isu berkaitan Darul Quran bersama BDKI ini. Semoga menerusi perbincangan ini akan meningkatkan lagi kualiti dan standard pengurusan Darul Quran selaku salah sebuah PPT JAKIM.


DQ BDKI BINCANG SELARAS ISU PENGURUSAN DAN AKADEMIK 01

DQ BDKI BINCANG SELARAS ISU PENGURUSAN DAN AKADEMIK 02

DQ BDKI BINCANG SELARAS ISU PENGURUSAN DAN AKADEMIK 04

DQ BDKI BINCANG SELARAS ISU PENGURUSAN DAN AKADEMIK 05

DQ BDKI BINCANG SELARAS ISU PENGURUSAN DAN AKADEMIK 03

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357