Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

DQ-FQS USIM Bincang Penyelarasan Program Ijazah Secara Francais

2 Februari 2023 – Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Dr. Mohd Zakuwa bin Rodzali telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah sesi 2022/2023 secara francais antara Darul Quran dengan USIM. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Syura Utama Darul Quran ini telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat dari USIM yang diketuai oleh Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS), Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi bin Mohd Amin, para pegawai dan pensyarah FPQS USIM serta beberapa orang pegawai Darul Quran.

Mesyuarat ini membincangkan perkara berkaitan perjanjian yang akan dimeterai dan dalam proses pembaharuan semula. Perbincangan yang harmoni antara pihak pengurusan Darul Quran dan FPQS USIM turut membincangkan hala tuju kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua institusi untuk masa hadapan.

DQ FQS USIM Bincang Program Ijazah Secara Francais
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357