Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

DQ Patuhi Keperluan Standard SIRIM

18 Ogos 2022- Pihak Darul Quran telah menjalani proses pemantauan audit dari pihak SIRIM QAS International selama dua hari bermula 17 Ogos dan 18 Ogos 2022. Hasil dapatan audit selama dua hari tersebut merumuskan terdapat hanya dua cadangan penambahbaikan berkaitan MS 1900:2014 dan lapan cadangan penambahbaikan berkaitan ISO 9001:2015.

Berikut adalah komentar pihak juru audit SIRIM: “Hasil semakan audit pemantauan mendapati pelaksanaan sistem pengurusan kualiti DQ adalah mematuhi keperluan standard MS 1900:2014. Pihak pengurusan dan warga kerja telah menunjukkan komitmen dan usaha yang baik dalam memastikan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan dengan berkesan. Objektif kualiti dan piagam pelanggan telah dibangunkan dan dipantau dengan baik. Pencapaian objektif kualiti juga dilaporkan melalui MKSP. Analisa pencapaian menunjukkan kebanyakan objektif dapat dicapai dengan baik. Pemantauan prestasi DQ melalui audit dalaman dan semakan pengurusan telah dilaksanakan seperti yang dirancang. Pemahaman terhadap keperluan standard masih boleh ditingkatkan di kalangan warga DQ bagi memastikan sistem yang dibangunkan lebih efektif dan boleh memberi nilai tambah kepada pihak DQ.”

Melalui pengiktirafan serta pemantauan dari pihak SIRIM ini diharapkan semoga Darul Quran dapat terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang pada masa-masa akan datang.

DQ Patuhi Standard SIRIM

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=624

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370