Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

DQ Promosi Program Sijil Asas Tahfiz Di PUSBA Kedah

8 Mac 2023 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan promosi Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) kepada pentadbir Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA), Sungai Petani, Kedah. PUSBA merupakan satu pusat khusus yang diwujudkan bagi memberi pendidikan tentang ajaran Islam kepada golongan mualaf.

Selaras dengan Program SAT yang mensasarkan golongan khusus seperti mualaf, oku penglihatan, orang asli dan peribumi Sabah atau Sarawak, maka sesi promosi ini secara tidak langsung turut membuka ruang antara kedua pihak untuk menjalinkan hubungan serta kerjasama terutamanya berkaitan calon pelajar. Pelbagai cadangan telah dikemukan kepada Darul Quran untuk meluaskan penyertaan pelajar bagi Program SAT dalam kalangan mualaf. Antaranya berkenaan kelonggaran atau pengecualian syarat kelayakan SPM bagi memudahkan lebih ramai calon dapat menyertai program ini.

Semoga melalui sesi ini dapat menatijahkan sesuatu yang positif terutama berkenaan pelaksanaan Program SAT. Sesi diakhiri dengan pertukaran cenderamata antara kedua agensi.

DQ Promosi Program Sijil Asas Tahfiz Di PUSBA Kedah
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357