Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

DQ Terima Kunjungan Santri Pesantren Ibnu Syam Indonesia

17 November 2023 – Seramai 43 orang delegasi dari Pesantren Ibnu Syam, Kota Cilegon, Banten, Indonesia telah mengadakan kunjungan ke kampus Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu. Kunjungan ini diadakan bertujuan bagi membina jaringan kerjasama dalam usaha peningkatan mutu serta kualiti di samping dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi pengurusan di kedua-dua agensi. Selain itu, melalui kunjungan ini juga Darul Quran turut mengambil kesempatan mengadakan promosi pengambilan pelajar baharu luar negara khususnya bagi Negara Indonesia memandangkan iklan pengambilan pelajar baharu luar negara akan disiarkan seawal 27 November 2023.

Delegasi Pesantren Ibnu Syam telah dihadiri oleh KH Ahmad Slamet, Pimpinan Pesantren Ibnu Syam, Buya Abdul Rahim Bayan, Pembina Pesantren Ibnu Syam Cabang Sumatera Selatan , Musafak S. Hum, Direktur Pendidikan, Ahmad Ilham S. Sos, Direktur Sekretariat, Akhmad Nawawi Masyhur, Kepala Kepengasuhan, para santri serta ahli keluarga. Dalam kunjungan ini, pihak Darul Quran telah mengatur beberapa agenda yang dimulai dengan ucapan Ketua Seksyen Standard, Haji Mohamad Rahim bin Mohammed Abdul Rahman yang mewakili Pengarah Darul Quran. Diikuti ucapan balas oleh wakil delegasi pelawat. Seterusnya tayangan video korporat Darul Quran dan taklimat sistem PdP tahfiz di Darul Quran dari wakil penyarah Jabatan Tahfiz. Dalam pertemuan ini, pihak Darul Quran turut ditanya tentang pengajian ilmu Qiraat serta berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengambilan pelajar baharu dari Indonesia.

Sesi kunjungan ini berakhir selepas sesi bergambar dan pertukaran cenderamata. Melalui kunjungan ini diharapkan semoga Darul Quran semakin dikenali bukan sahaja dalam negara tetapi juga di negara-negara serantau.

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 1

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 2

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 3

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 4

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 5

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 6

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 7

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 8

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 9

KUNJUNGAN SANTRI PESANTREN IBNU SYAM INDONESIA 10
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357