Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Dua Pemberi Pendidikan Tinggi JAKIM ditauliah sebagai Pusat Latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

16 Mac 2022- Dua Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM iaitu Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah mendapat pentauliahan sebagai Pusat Latihan (PL) untuk melaksanakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Majlis Pelancaran Tahfiz-TVET yang diadakan di CIAST Shah Alam.

Majlis disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Awang bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia ini telah dihadiri oleh Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan 86 orang wakil pusat tahfiz zon tengah sekitar Lembah Klang.

Gerak kerja ke arah pentauliahan ini bermula sejak awal tahun 2022 setelah mendapat persetujuan Jawatankuasa Tertinggi JAKIM untuk melaksanakan program SKM secara SLDN di di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dalam bidang dakwah dan pengurusan masjid.

Usaha ini telah dilaksanakan secara kolaborasi antara JAKIM dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan pelaksanaan Mesyuarat Penyelarasan, Kursus Induksi, Bengkel Penyediaan Kertas Penerangan dan lawatan penentusahan pada 8hb Mac 2022 yang lalu. Alhamdulillah pada 16 Mac 2022, IKMAS dan IPDAS telah mendapat pentauliahan dalam majlis yang diadakan secara gilang gemilang.

Dua Pemberi Pendidikan Tinggi JAKIM Ditauliah Pusat Latihan SLDN 1

Dua Pemberi Pendidikan Tinggi JAKIM Ditauliah Pusat Latihan SLDN 2
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370