Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Enam Masjid Jawi Terima Perantis SKM DQ Jalani Praktikal Sepanjang Ramadan

11 Mac 2024 - Enam masjid di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima 12 perantis Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 Darul Quran untuk menjalani latihan praktikal sepanjang bulan Ramadan. Masjid yang terlibat termasuk Masjid Az-Zakirin, Masjid Zaid bin Harithah, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Usamah bin Zaid, Masjid Al-Muqarrabiin dan Masjid Saidina Abu Bakar. Para perantis ini akan dibimbing oleh pengurus masjid berpengalaman dalam aktiviti seperti melaungkan azan, bacaan yasin, tahlil, tadarus al-Quran dan program pengimarahan masjid.

Majlis penyerahan perantis kepada pihak JAWI telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali yang mewakili Pengarah Darul Quran. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Darul Quran dan masjid-masjid di bawah JAWI dengan tujuan memberi pendedahan kepada perantis mengenai tugasan pengimarahan masjid terutamanya semasa bulan Ramadan.

Diharapkan program ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada para perantis terlibat malah kepada masyarakat setempat.

ENAM MASJID JAWI TERIMA PERANTIS SKM DQ JALANI PRAKTIKAL SEPANJANG RAMADAN 01

ENAM MASJID JAWI TERIMA PERANTIS SKM DQ JALANI PRAKTIKAL SEPANJANG RAMADAN 02

ENAM MASJID JAWI TERIMA PERANTIS SKM DQ JALANI PRAKTIKAL SEPANJANG RAMADAN 03

ENAM MASJID JAWI TERIMA PERANTIS SKM DQ JALANI PRAKTIKAL SEPANJANG RAMADAN 04

ENAM MASJID JAWI TERIMA PERANTIS SKM DQ JALANI PRAKTIKAL SEPANJANG RAMADAN 05

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357