Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Fakta Mufti Instant : Jelas Atau Keliru

Sungai Petani, Kedah (14 JULAI) telah berlangsung Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Kedah bertempat di Hotel Park Avenue anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri (JMN) Kedah. Seminar ini telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran seramai 300 orang peserta terdiri daripada guru-guru takmir, guru-guru KAFA, Imam-imam dan pegawai-pegawai masjid.

Cabaran baharu bagi institusi fatwa di Malaysia ialah kemunculan netizen-netizen yang mengambil alih jawatan mufti atau alim ulama’. Mufti-mufti instant tersebut memberi “fatwa” di media sosial di mana ianya boleh mengelirukan masyarakat. Bukan itu sahaja, fatwa dan hukum yang dikeluarkan oleh para Ashabul Samahah Mufti-mufti turut diulas dan dikritik dengan kefahaman yang cetek. Sehubungan itu, objektif utama seminar tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta penjelasan hukum syarak dan kefatwaan dari aspek akidah dan muamalat sebagai panduan dan rujukan masyarakat Islam. Melalui program sebegini juga dapat mengharmoni serta mendekatkan hubungan institusi kefatwaan dengan masyarakat setempat di samping memperkukuh jalinan strategik di antara JAKIM dengan JMN Kedah.

Sebanyak dua tajuk pembentangan sempena penganjuran seminar ini iaitu Isu Akidah Umat Islam Masa Kini : Cabaran Dan Penyelesaian (Pembentang : YBhg. Tuan Syeikh Aminuddin bin Haji Abdul Rahim-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah) dan Mata Wang Digital : Konsep dan Implikasinya Dari Aspek Hukum Syarak (Pembentang : YBhg Tuan Haji Lokmanulhakim bin Hussain – Penasihat Syariah Al-Rajhi Bank Malaysia) sementara sesi forum pula mengenai Penjelasan Isu-isu Fatwa Masa Kini telah disampaikan oleh YBhg. Puan Nor Safina binti Zainal (Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan) dan SF Syeikh Marwazi bin Dziyauddin (Timbalan Mufti Kedah).

Bagi melengkapkan perjalanan program, majlis perasmian telah diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh SF Syeikh Marwazi bin Dziyauddin (Timbalan Mufti Kedah) dan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee (Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM).

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 1

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 2

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 4

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 5

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 6

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 7

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 8

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 9

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 10

Fakta Mufti Instant Jelas Atau Keliru 11
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 25
  • Yesterday 26
  • This Week 25
  • This Month 325
  • This Year 363