Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Guru KAFA Negeri Johor Diberikan Pendedahan Pendidikan Jawi DBP Terkini

Johor Bahru, 22 November 2023- Seramai 52 orang Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Johor telah terlibat dengan Kursus Pendidikan Jawi Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Terkini Guru KAFA Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 yang diadakan pada 20 hingga 21 November 2023 bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah yang diundang khas yang merupakan salah seorang Munsyi Jawi DBP, Ustaz Muhammad Fuad Bin Ahmad Tajuddin.

Kursus yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menambahkan pengetahuan berkenaan Pendidikan Jawi DBP Terkini kepada Guru KAFA ini telah dianjurkan oleh Seksyen KAFA, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (BPI, JAINJ) dengan kerjasama pihak Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang telah memberikan sumbangan untuk mengadakan kursus jangka pendek bagi Guru KAFA Negeri Johor.

Di samping itu, peserta kursus juga diberikan pendedahan secara praktikal melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di mana mereka perlu melakukan simulasi teknik mengajar Pendidikan Jawi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Akhir sekali, kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Ahmad Dhiauddin Bin Salimin, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah. Di akhir kursus, para peserta telah diberikan sijil penyertaan dan diharapkan agar kursus ini memberikan manfaat kepada mereka untuk terus menjadi barisan pendidik yang lebih cemerlang.

Pendidikan Jawi DBP Terkini 1

Pendidikan Jawi DBP Terkini 2

Pendidikan Jawi DBP Terkini 3

Pendidikan Jawi DBP Terkini 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357