Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Hari Pertama Penganjuran Sesi Libat Urus PSHM Berlangsung Harmoni

PUTRAJAYA - Hari pertama sesi libat urus Pasukan Strategik Halal Malaysia (PSHM) dimulakan seusai mesyuarat pertama PSHM bersama YBrs. Tuan Pengarah Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM.

Sesi pertama tersebut telah berlangsung di Ruang Aktiviti, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Putrajaya menerusi perkongsian berkenaan “Pengurusan Aduan Pelanggan” oleh Encik Izzul Izwan Bin Ismail daripada Bahagian Gerakan Kepenggunaan, KPDN seterusnya “Pelaksanaan Program Promosi & Kempen Peringkat Kementerian”oleh Encik Aidi Azli Bin Wahit daripada KUSKOP.

Program hari pertama diakhiri dengan slot Diskusi 1 bagi membincangkan kaedah pengendalian aduan halal dan penyelarasan prosedur pengurusan isu-isu tular halal yang telah dikendalikan oleh Puan Nursyazrin binti Nazee Mudeen, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, BPH JAKIM.

Pada sesi ini, beberapa idea telah berjaya dicambah oleh ahli yang hadir dalam rangka untuk membentuk satu panduan penyelarasan aduan yang diterima dan pengurusan isu tular bagi memudahkan penyelarasan antara JAKIM & MAIN/JAIN. Selain itu, perkongsian pengurusan tindakan aduan pula telah dimurnikan oleh Puan Farah Wahida binti Zulkifle, Ketua Seksyen Penguatkuasaan, BPH JAKIM.

Sidang sesi hari pertama yang telah berlangsung dengan harmoni dan jayanya, semoga ianya dapat menyuntik semangat dan memberikan satu panduan yang baik kepada semua ahli PSHM dalam memperkasa tadbir urus halal Malaysia demi memperkukuh sistem penyampaian maklumat agar mencapai ekspektasi pelanggan dan stakeholder.

Penganjuran Sesi Libat Urus PSHM 01

Penganjuran Sesi Libat Urus PSHM 02

Penganjuran Sesi Libat Urus PSHM 03

Penganjuran Sesi Libat Urus PSHM 04

Penganjuran Sesi Libat Urus PSHM 05

Penganjuran Sesi Libat Urus PSHM 06
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370