News
News
Industri Halal Terus Perkukuhkan Hubungan bersama-sama Secret Recipe
Hubungan dan komitmen antara pihak industri halal dan badan berautoriti terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Penstrukturan baharu pengurusan Halal Malaysia di bawah JAKIM menarik minat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd dan Secret Recipe Cakes & Café Sdn Bhd untuk mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM pada 21 Februari 2019.
Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat fungsi dan gerak kerja Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di samping mendapatkan informasi terkini berkaitan Pensijilan Halal Malaysia. Kunjungan ini telah disertai oleh En. Benjamin Lim dan ahli Jawatankuasa Halal Dalaman Syarikat manakala JAKIM ketuai oleh YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama beberapa orang pegawai kanan dari Bahagian ini.
Kunjungan hormat yang berlangsung hampir 2 jam di Kompleks Islam Putrajaya itu membuktikan komitmen JAKIM dalam menyantuni pihak industri agar sentiasa komited dalam Pensijilan Halal Malaysia di samping menyahut seruan kerajaan dalam memastikan agenda rahmatan lil alamin dapat direalisasikan dalam pengurusan dan pentadbiran seterusnya meningkatkan imej rahmah Pensijilan Halal Malaysia untuk kebaikan ummah.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#HalalConnectingTheWorld



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370