Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

JAKIM Anjur Kursus Training Of Trainers (TOT) Penceramah MBKPI Versi 5, Terima Sambutan Amat Menggalakkan

 

PUTRAJAYA, 9 Julai 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah berjaya mengadakan Kursus Training of Trainers (TOT) Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Versi 5 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 6, 7 dan 9 Julai 2026.

Program yang dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet ini bertujuan untuk memperkasakan penceramah kursus praperkahwinan sedia ada dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran penyampaian yang lebih dinamik, selaras dengan kandungan terbaharu MBKPI Versi 5 kemaskini.

Kursus ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran seramai 1,224 orang peserta yang terdiri daripada penceramah kursus praperkahwinan dari seluruh negara. Inti pati utama yang dibincangkan sepanjang sesi adalah penambahbaikan kandungan modul terkini agar lebih relevan dengan generasi masa kini seperti tasawwur Islam, prosedur perkahwinan, pengurusan kewangan, pengurusan kesihatan, komunikasi berkesan dan sebagainya.

Program ini diharapkan dapat melahirkan penceramah yang lebih kompeten dan proaktif dalam membimbing bakal pengantin di Malaysia, sekali gus menyokong aspirasi pembentukan institusi keluarga Muslim yang sejahtera.

 

JAKIM Anjur Kursus Training Of Trainers (TOT) Penceramah MBKPI Versi 5, Terima Sambutan Amat Menggalakkan 1

JAKIM

JAKIM Anjur Kursus Training Of Trainers (TOT) Penceramah MBKPI Versi 5, Terima Sambutan Amat Menggalakkan 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370